Cerpen Kasih Kembali Bertaut - NA77
KASIH BERTAUT KEMBALI
Welcome home miss...have a nice day..itulah yang
dikatakan oleh para pramugari setelah kapal terbang MAS mendarat. Setelah 3
tahun aku meninggalkan tanahair ku terutama kedua ibu bapa dan adik-adik ku di
kampung untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di luar negara.
Kini aku berbangga kerana telah berjaya menamatkan pengajian ku dengan baik
sekali gus tercapai jua impian ibu bapa ku untuk melihat ku berjaya. Selepas ni
giliran aku pula untuk membalas semula jasa keluarga ku.
Sedang aku menunggu
bagasi ku tiba-tiba ada pulak seorang mamat ni dengan selamba jer melanggar bahu
ku dan terus pergi macam tu tanpa minta maaf. Kalau diikutkan nak jer aku jerit
suruh minta maaf..sesuka hati die je ek.
Bila diperhatikan seperti pernah lihat mamat tu tapi di mana ek...kalau dari
segi rupa memang menggoda ramai wanita terutama aku ...eh tiba-tiba aku
tersenyum sendiri tapi sayangnya perangai macam si ikan jerung...erk..tiba-tiba
terkeluar perkataan ikan jerung...tak pasal-pasal kat mamat tu pulak yang dapat
gelaran. Setelah semua bagasi ku ada aku menunggu teksi dan terus menuju ke
kampung halaman ku..tak sabar nak balik jumpa keluarga ku tersayang...
Pon...Pon...Ponnn....hon
teksi berbunyi..sengaja aku minta abang teksi tu bunyikan hon tanda ketibaanku..tetapi
yang peliknya kenapa banyak kereta kat depan rumah aku ni...takkan la ada
majlis untuk sambut aku tapi tak salahkan..sukanya aku...hahahhahaa....sedang
aku mengelamun aku disergah dari belakang oleh adik ku.. ‘Kak long, meh la sini
cepat..intan ada benda nk cakap ni’ kata intan pada ku.. ‘intan ni kalo tak
sergah kak long tak boleh ke...nasib baik takde lemah jantung..mau pengsan kak
long...ape yang urgent sgt ni..tak boleh masuk rumah dulu ke’ termengah-mengah
aku berlari dengan perasaan pelik di hati.. ‘ kalo intan cakap kak long jangan
terkejut beruk tau...boleh kalah beruk-beruk yang lain..’ ‘apa die....’ ‘aduh..sakit
la kak long..tangan tu tajam mcm penyepit ketam tau’ mmg itulah gelagat kami
bila berjumpa..
Haaaa....ternganga
mulut aku bila dengar berita yang boleh menyebabkan aku lemah lutut.. ‘hari ni
kak long akan ditunangkan dengan anak majikan papa’...bbuuukkkk aku terduduk di
pangkin luar rumah...apa dah jadi ni..kenapa aku tak diberitahu dulu..aku masih
ada impian yang belum tercapai...rasa macam nak menangis tapi tak keluar pulak
air mata ni...intan hanya mengusap lembut bahu ku dan menasihatkan ku agar
bersabar...
Usai sudah ‘majlis
pertunangan ku’ yang x rasmi bagi ku...aku terus mendapatkan ibu... ‘ibu,
kenapa tiba-tiba je ni’ ibu ku menenangkan aku..belum hilang penat ku ditambah
pula dengan berita mengejut ni.. ‘ ibu memang nak bagitau dengan kamu tapi ayah
melarang...kata ayah nak tunggu kamu balik dulu’ sambil ibu menunjukkan ke arah
ayah..sememangnya ibu seorang yang lembut bila berkata-kata..pandai mengambil
hati anak-anaknya..aku faham bila ibu menunjuk ke arah ayah..lantas aku terus
menuju ke ruang tamu dan duduk bersebelahan dengan ayah... ‘ ayah...apa semua
ni..kenapa ayah tak bagtau isya dulu’ kata ku ingin mendapatkan kepastian dari
ayah.. lama ayah mendiamkan diri hanya selepas menghirup kopi cap 434
kegemarannya baru lah ayah memandang ku dengan wajah yang ceria... ‘ayah buat
semua ni atas permintaan dari Datuk Mukhriz dan Datin Saleha sendiri..mereka
yang beria-ia nak jodohkan kamu dengan anaknya..lagipun mereka dah lama
berkenan dengan kamu’ itu yang dikatakan oleh ayah..aku hanya tertunduk membisu..apa yang boleh aku lakukan hanya lah
berdoa pada Allah untuk membuka hatiku menerima semua ini walaupun sebenarnya
hati ku tidak bersetuju dengan pertunangan segera ni..
Sebulan telah berlalu
tapi aku rasa baru semalam perkara ini berlaku..aku duduk termenung di hujung
katil sambil menghirup udara segar di waktu pagi memikirkan majlis perkahwinan
ku pula x lama lagi...5 bulan je lagi derr..boleh ke aku bersedia untuk
berumahtangga...tuk..tuk..tuk..pintu ku diketuk... ‘ ai...termenung jauh nampak...kak
long ingatkan siapa tu...heheheee...tau la nak kahwin’ sakat adik
ku..ish...sibuk budak tembam ni tau... ‘ takde la..kak long saja tenung ke
langit tu..nak tengok bila hujan nak turun...’ ‘ alah...cakap la teringat bakal
suami...’sambil membuat aksi.. ish...takde maknanya aku nak fikir si ikan
jerung tu...muhd adam irfan...itu la si ikan jerung yang aku gelar kan
dulu..sememangnya keluarga ku dan keluarga datuk mukhriz rapat sebelum aku
dilahirkan lagi...ayah ku adalah kawan rapat datuk mukhriz dari zaman
kanak-kanak lagi..susah senang mereka bersama hanya yang membezakan mereka
hanya lah dari segi gelaran...walau bagaimanapun itu tidak membataskan
persahabatan mereka yang telah lama berakar umbi...bak kata ‘pepatah air
dicincang tidak kan putus’...sebab tu la aku kenal dengan satu-satunya anak
mereka..kami berdua selalu bermain bersama tapi si ikan jerung tu memang la
nakal yang teramat sangat...aku ingat lagi dengan apa yang telah dia lakukan
pada ku..ada ke patut si ikan jerung ni letak tepung dengan lipas dalam beg
sekolah aku...habis muka aku kena tepung..tak pasal-pasal dapat bedak
free...dah la aku geli dengan lipas...habis saja sekolah rendah dia terus
dihantar ke sekolah berasrama penuh...sejak dari itu lah kami tidak berjumpa
lagi..
‘Nur Batrisya...meh
datang dapur tolong ibu ni’..ala ibu ni orang tengah syok layan kabhi kushi
kabhi gham ni pun tak boleh... ‘ ada apa ibu..nak suh isya rasa masakan ibu
ker..ala..ibu masak tu dah sedap pun sebab tu ayah suka kat ibu..kan..kan..’ ‘
ish budak bertuah ni...ibu nak minta kamu pergi belakang rumah tu amik
serai..ibu nak masak rendang ayam ni...’tergaru-garu kepala aku yang tak berape
nak gatal..masak rendang????? Biasa yer ibu jarang masak rendang ni... ‘ nah
ibu serai yang ibu minta..ibu masak apa hari ni..’ tanya ku ‘ibu nak masak
special hari ni sebab ada orang jauh nak datang tengok kamu...’ hahhh...ada org
nak tengok aku..siapa pulak.. ‘siapa bu..penting ke orang tu nak tengok isya..tak
dapat la nak mandi air terjun petang ni...sedih yer...huhuhuhuuu’ ‘ ala...x hilang
air terjun tu..lain kali kan boleh tengok..tak pun lepas kahwin nanti ajak la
dia sekali..’sempat lagi ibu menyakat ku.
Waktu yang dijanjikan
telah tiba..tepat jam 8.00 malam sebuah kenderaan telah tiba di halaman rumah ku..aku
melihat melalui jendala siapakah gerangan tetamu yang dimaksudkan oleh
ibu..tup..tup..tup..yang keluar dari isi kereta tu Datuk Mukhriz dan Datin
Saleha..Cuma ada seorang jejaka seperti pernah ku lihat ada bersama mereka..eh..itu
kan mamat di airport tempoh hari..maknanya itu la si ikan jerung..memang tepat
gelaran tu kena pada dia..ooo..patut la macam pernah kenal..segak bergaya
ala-ala aaron aziz gitu...cair hati ku melihat kekacakannya..hati ku dup dap
dup dap..berdegup kencang..dag dig dug..di dalam dada..dah macam lagu dangdut
pula..kenapa dengan aku ni..tibe2 jer rasa seperti jatuh cinta..aahhh..biar
betul..belum tentu si ikan jerung syok kat aku..yela kita orang dah lama tak
jumpa..aku pun bukanya lawa sangat tapi manis tu ada la..member-member aku
selalu cakap yang aku ni macam siti saleha...terangkat diri sendiri la
pulak..heheheee...
‘kak long...ibu dah
panggil tu..jom la...tak habis-habis senyum sendiri..’ menjeling adik
ku...alamak ibu..apa yang aku nak buat nanti biae dah jumpa bakal suami..ahh...buat
biasa-biasa sudah la...dengan tertib aku melangkah keluar dari bilik..ayah
asyik berborak dengan Datuk Mukhriz..ibu pulak bersembang dengan Datin Saleha
Cuma si ikan jerung hanya sesekali senyum bila ditegur... ‘ lepas ni isya nak
buat apa..isya dah cari kerja ker..’ aku di sapa oleh datuk mukhriz ‘rasa yer
isya nak kerja dulu la..nak tolong ayah dan ibu..’ jawapan formal ku... ‘abang..apa
kata ambil isya kerja kat syarikat abang tu..lgpun kebetulan ada kekosongan
kan..okay tak bang’ rayu Datin Saleha..aku jadi serba salah bila di minta kerja
satu syarikat dengan Datuk Mukhriz tapi bagus juga ek..boleh la hari-hari aku
jumpa dengan irfan...uish...apa yang aku merepek ni..belum apa-apa lagi dah
mula berangan..
Bila dah lama tak
berjumpa tak tau nak berkata-kata tapi hati ni sudah berbunga memandangkan
kekasih hati ade di depan mata..telah lama ku simpan rasa hati ini pada
isya..adakah dia pun rasa apa yang aku rasa.. ‘isya apa khabar..’ itu lah
pembuka bicara aku... ‘ isya sihat jer..irfan pulak macam mana..dah lama kita tak
berjumpakan’ wah...permulaan yang bagus.. ‘itula..sejak mula sekolah asrama tak
berpeluang irfan nak bertanya khabar tentang isya...rinduu pulak’
ooppssss...alamak..apa yang aku dah cakap ni...aduih...macam mana boleh terlepas
cakap ni....malunya...apa pula yang akan isya fikirkan....keadaan menjadi sunyi
seketika dan isya kelihatan terkejut dengan apa yang telah aku
luahkan...tiba-tiba papa gelak dan menjadikan suasana ceria kembali... ‘ nampak
gayanya ada orang yang dah rindu ni..menjadi juga rancangan kita nak satukan
mereka berdua’ kata Datuk Mukhriz.. ‘ syukur alhamdulilah..selepas ni pasti
semuanya berjalan lancar..’tanda ayah bersetuju.
Hari berganti
hari..bulan berganti bulan...sejak kejadian malam tu aku dan irfan selalu
keluar bersama untuk menguruskan persiapan majlis kami..nasib aku baik kerana dengan
bantuan Datin Saleha segala persediaan dari segi pakaian pengantin dan gubahan
mendapat pertolongan daripada kawan mama
yang kebetulan mempunyai butik pengantin yang agak terkenal..kawan-kawan ku
juga ada yang terkejut, ada yang gembira dan ada juga yang seperti tidak
percaya aku akan berkahwin dengan irfan..yela baru balik dari study
tup..tup..dah nak kahwin..itula dinamakan jodoh..sesungguhnya aku terima dengan
hati yang terbuka..kami pula semakin rapat dan sayang diantara kami semakin
berbunga..bagaikan dunia ini kami yang empunya...hehheeee... ‘sayang..lepas
majlis ni abang akan bawa sayang honeymoon di kota Paris...sayang suka kan’itulah
panggilan yang termaktub sejak kami bersama ‘mesti la suka..tempat yang isya
idamkan tu..wahh..best sangat dapat pergi sana...hanya kita berdua’ irfan
beritahu pada ku selepas majlis perkahwinan ini kami akan berbulan madu di Paris..kata
irfan itulah destinasi yang amat sesuai untuk kami memadu kasih.
Suasana di halaman
rumah ku riuh rendah dengan kedatangan para tetamu..ayah dan ibu pula sibuk
melayan tetamu yang hadir...adik ku pula menemankan aku sebelum tiba majlis
akad nikah..aku di dandan oleh make up artis yang dikenali...wahhh..merasa gak
seperti artis ek...berubah terus wajah ku..mana tak nya berubah aku ni dah la
jarang bersolek...bedak miyami tu je la peneman aku selalu.. ‘ kak long ni lawa
bila dah bersolek...cantik sangat..mesti abg long teruja tengok kak long’
‘ish...mesti ler..heheheee’ setelah siap berhias dan memakai pakaian pengantin
yang dibuat khas untuk ku secara tiba-tiba hati ku digamit rasa sayu...entah
kenapa rasa berat pula nak meninggalkan ayah dan ibu..lepas ni tanggungjawab ku
hanya pada suami dan aku akan berpisah dengan mereka...huhuhuhu....rasa nak menangis..meleleh
sudah air mata ku... ‘oi..makcik..jangan nak aksi sedih boleh...rosak make up
tu..penat aku solek kan kau tau’ amaran mak andam untuk ku...sori la tak boleh
tahan saat-saat macam ni...ibu datang melihat ku sebelum pihak pengantin lelaki
sampai... ‘anak ibu nanti bila dah bersuami perlu jaga makan minum suami, jaga
rumah tangga kamu tu..taat pada suami selagi tidak bercanggah dengan agama..’ ‘
baik ibu..isya akan ingat pesan ibu..isya sayang ibu dan ayah..’ aku memeluk
ibu erat seperti tidak mahu melepaskan ibu..naluri seorang ibu tentu faham
situasi sebegini..
Kedengaran paluan
kompang menandakan kedatangan pihak lelaki..tak sabar nak tengok irfan sejak
seminggu lepas tidak berjumpa..kata orang-orang tua tak elok keluar seminggu
lagi nak kahwin..irfan segak berbaju melayu putih bersamping rona biru...tak
berkelip mata memandang... ‘jangan la tenung lama-lama..kang susah pula abang
irfan nak jawab soalan’ tegur intan...nak buat macam mana...dah aku terpegun
melihat betapa kacaknya si irfan...ku lihat wajah irfan tenang mendengar
kata-kata dari tok kadi..ayah dan papa juga seperti mengangguk faham akan
maksud tok kadi... ‘ Nur Batrisya Binti Mohd Hilman....’ aku mendengar tok kadi
melafaz nama ku...hanya dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri
irfan..air mata kegembiraan jelas kelihatan sewaktu irfan menyarung cincin di
jari ku..ayah dan ibu, papa dan mama dan semua sanak saudara gembira majlis
berjalan dengan lancar...aku juga gembira melihat mereka semua gembira terutama
irfan yang tidak pernah lepas menggenggam jari jemari ku..sungguh erat dia
memegang ku seolah-olah tidak membenarkan aku berpisah dari dia walau pun
sekejap..Akhirnya aku rasa bertuah mempunyai suami yang penyayang dan aku
berdoa pada Allah semoga perkahwinan ku ini kekal sehingga akhir hayat dan
diberi zuriat yang soleh dan solehah...Selepas ini masa untuk kami
berhoneymoon...PARIS!!!!! here we come...– THE END –
Penulis : NA77
* sekadar mengisi masa lapang...selamat membaca..
REPOST AGAIN...santai2 je yer
best.. boleh buat novel dah ni. :)
ReplyDelete